AGENDA

Lebih 2,000 komik promosi komunisme dirampas

3 Nov 2019, 11:44 AM
Lebih 2,000 komik promosi komunisme dirampas

SERDANG, 3 NOV: Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini merampas lebih 2,000 naskah komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.