AGENDA

Agong berangkat hadir mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255

31 Okt 2019, 6:09 AM
Agong berangkat hadir mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 di Istana Negara.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Raja-raja Melayu yang turut berangkat hadir ke mesyuarat ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah dan Johor diwakili Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mesyuarat turut disertai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir mesyuarat itu.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.