AGENDA

MetMalaysia ramal Laut China Selatan bergelora

29 Okt 2019, 12:08 AM
MetMalaysia ramal Laut China Selatan bergelora

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, MetMalaysia memaklumkan berdasar percerapan pada jam 5 pagi tadi, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk pada Latitud 11.7 Utara dan Longitud 115.9 Timur, kira-kira 545 kilometer ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Ribut itu dijangka bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km/j dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.