AGENSI

40 kanak-kanak terima sumbangan baju Deepavali

25 Okt 2019, 8:57 AM
40 kanak-kanak terima sumbangan baju Deepavali

OLEH ALIFF HAIKAL

KLANG, 25 OKT: Seramai 40 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kota Raja menerima sumbangan pada Program Santai Kasih Deepavali 2019 di RM Silk Sarees Palace, pada 19 Oktober lalu.

Sumbangan dalam bentuk pakaian, duit raya dan makanan itu adalah daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja dan disempurnakan oleh Naib AMK Pusat, Jestin Raj Savarimuthu.

Menurut Jestin, program ini diharap dapat membantu dan meringankan beban keluarga tersebut menjelang sambutan Deepavali Ahad ini.

"Pada majlis penyampaian sumbangan itu, semua kanak-kanak hadir bersama keluarga masing-masing," katanya kepada SelangorKini.

Selain pakaian, katanya, kanak-kanak berkenaan juga menerima set makanan Happy Meals Mcdonalds.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.