AGENDA

Atlet renang ditemui mati

24 Okt 2019, 1:53 PM
Atlet renang ditemui mati

KUCHING, 24 OKT: Atlet renang Sarawak, Ayrton Lim, ditemui mati di kediaman keluarganya di Tabuan Laru, di sini, hari ini.

Atlet berusia 19 tahun berkenaan ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah oleh ibunya yang kemudian membuat panggilan telefon kepada pihak polis kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, atlet itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan pihaknya.

"Menurut ibunya, anaknya dalam masa tiga hari ini mengalami kemurungan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Lim sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan dikatakan baru pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.