AGENSI

Tengku Permaisuri Norashikin rasmi program jual produk pertanian

24 Okt 2019, 1:02 PM
Tengku Permaisuri Norashikin rasmi program jual produk pertanian

SHAH ALAM, 24 OKT: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan Program Jelajah Jualan Terus Dari Ladang Peringkat Negeri Selangor 2019.

Keberangkatan tiba baginda di AEON Mall Shah Alam diraikan dengan persembahan muzikal tari yang memaparkan kehidupan golongan petani.

Baginda yang diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut meluangkan masa melawat tapak jualan.

Sementara itu, program jelajah di bawah Program Ladang Kontrak yang diperkenalkan FAMA ini bertujuan mempelbagaikan medium pasaran bagi peserta terbabit.

Terdapat 20 gerai jualan dibuka oleh pengeluar pelbagai jenis produk pertanian dengan harga yang ditawarkan berpatutan.

Menerusi program ini produk pertanian yang dijual di sini lebih murah antara lima hingga 20 peratus berbanding produk sama di pasaran biasa.

Antara buah-buahan yang dijual pada program ini seperti nanas, dukong, keranji dan belimbing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.