AGENDA

A Samad Said jentik pemimpin bersifat `sasterawang'

19 Okt 2019, 6:08 AM
A Samad Said jentik pemimpin bersifat `sasterawang'

KUCHING, 19 OKT: Hati-hati dengan kewujudan ‘sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A. Samad Said.

Beliau berkata, sepanjang perjuangannya sejak zaman reformasi, ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.

"Sebab menentang ini sedap tetapi apakah kita menentang kita membetulkan atau tidak.

"Sebab kadang-kadang kita menentang kita dapat buah manisnya, ini menjadikan kita hamis," katanya semasa berucap di Pertemuan Karyawan Sarawak ke-9, anjuran Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, di sini, hari ini.

Samad, yang merupakan Sasterawan Negara ke-4, berkata, sebagai seorang seniman dan sasterawan, beliau berasa bertanggungjawab membetulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

"Saya tidak takut dengan kata, saya selalu berhujah begitu sahaja dan terseliuh bila dilarang. Saya tak masuk medan untuk tunggu siapa lawan saya tetapi yang penting hasil hujahan itu menguntungkan masyarakat," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.