AGENDA

KPM tidak pernah lulus pengedaran buku komik ke sekolah

17 Okt 2019, 1:00 PM
KPM tidak pernah lulus pengedaran buku komik ke sekolah

PUTRAJAYA, 17 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Dalam kenyataan hari ini, KPM berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan edaran buku komik tersebut ke sekolah di seluruh Malaysia.

"Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal," jelas kenyataan itu.

KPM berkata, ia juga akan mengkaji dengan teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.

"KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.