AGENDA

Kaunter imigresen klia2 alami kesesakan

17 Okt 2019, 9:50 AM
Kaunter imigresen klia2 alami kesesakan

SEPANG, 17 OKT: Penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dilaporkan terpaksa beratur panjang dan keadaan sesak di dewan ketibaan terutamanya pada sebelah pagi.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut memaklumkan situasi tersebut kepada penumbang yang baru tiba, di media sosial.

Menurut MAHB melalui Twitter@MY_Airports, agensi imigresen membuka lebih banyak kaunter untuk memperbaiki keadaan itu.

“Kami menghargai penumpang agar bertenang dan bersabar,” menurut MAHB.

MAHB juga mengalu-alukan penumpang untuk mendapatkan bantuan petugas lapangan terbang.

Sementara itu, pengguna utama klia2, AirAsia dalam kenyataannya hari ini menggesa MAHB segera menangani masalah kesesakan di kaunter imigresen klia2.

AirAsia berkata, situasi itu semakin buruk apabila ramai penumpang yang mengadu kepada syarikat penerbangan itu tentang terlepas penerbangan seterusnya serta lewat menghadiri mesyuarat dan temu janji penting.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.