AGENDA

Cuti bersalin 90 hari demi bina generasi keluarga terbaik

15 Okt 2019, 8:51 AM
Cuti bersalin 90 hari demi bina generasi keluarga terbaik

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Cadangan kerajaan untuk menambah tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dipanjangkan kepada kakitangan swasta adalah untuk membina generasi keluarga terbaik di masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ibu dan bayi yang baru dilahirkan memerlukan masa untuk bersama (bonding) termasuk tempoh penyusuan.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, seharusnya ibu perlu berada bersama bayi dalam tempoh yang lebih panjang.

“Ikutlah masing-masing. Bagi saya, lebih baik lagi lama ibu dengan bayi. Kita nak tengok ibu dan bayi bersama-sama, waktu menyusu badan, ‘bonding time’, ini bagi saya yang terbaik untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Belanjawan 2020 antaranya cadangan meningkatkan tempoh cuti bersalin tersebut

Ketika ini, kakitangan awam menikmati kemudahan cuti bersalin 90 hari.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, adalah menjadi lumrah jika sesuatu rancangan atau pengumuman kerajaan menerima pelbagai maklum balas daripada masyarakat dan pihak yang berkaitan.

“Ada yang suka atau tidak. Ada yang kata akan ada masalah kelak, khasnya kepada majikan apabila pekerja tidak datang selama 90 hari, jadi majikan terasa kehilangan. Bagi saya, majikan juga kena tengok sama ada operasi akan terjejas atau tidak nanti,” tambahnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.