AGENDA

Foto Anwar jumpa Azmin tarik minat ramai

15 Okt 2019, 6:44 AM
Foto Anwar jumpa Azmin tarik minat ramai
Foto Anwar jumpa Azmin tarik minat ramai

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kafetaria Ahli Parlimen tengah hari tadi.

Turut serta dalam pertemuan tersebut Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini, media menggambarkan hubungan Anwar dan Azmin dingin susulan pemilihan parti tahun lalu.

Beberapa keping gambar pertemuan tiga pemimpin itu sambil bersantai menikmati minuman dikongsikan oleh Anwar di laman Twitternya dan beberapa penyokong parti.

Ramai penyokong Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan kegembiraan atas pertemuan mereka.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.