AGENSI

Bekalan air di Hulu Langat pulih 99 peratus

15 Okt 2019, 1:01 AM
Bekalan air di Hulu Langat pulih 99 peratus

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pagi ini memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan tidak berjadual sejak Ahad lepas, kini telah pulih.

Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, hanya beberapa premis yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan, yang masih mengalami gangguan bekalan serta tekananan rendah.

Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem elektrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat, yang menyebabkan isipadu pengeluaran air berkurang.

Pihak Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan, dan untuk sebarang bantuan para pelanggan boleh hubungi talian 15300, atau Whatsapp ke 019-2816793 / 019-2800919.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.