AGENSI

Selangor diramal hujan, ribut petir sehingga Ahad ini

14 Okt 2019, 3:34 AM
Selangor diramal hujan, ribut petir sehingga Ahad ini

SHAH ALAM, 14 OKT:Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) meramal Selangor akan dilanda hujan dan ribut petir berterusan sehingga Ahad ini.

MetMalaysia melalui laman webnya melaporkan, keadaan hujan dan ribut petir itu dijangka berlaku di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Gombak.

Kawasan lain Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan hujan diramalkan berlaku pada waktu petang di kebanyakan daerah namun pada waktu pagi dijangkakan cuaca panas.

Bagaimanapun, diramalkan esok tidak hujan di beberapa lokasi termasuk Sepang, Kuala Langat, Petaling, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.