AGENDA

RM100 juta tingkat sosioekonomi masyarakat India

11 Okt 2019, 11:01 AM
RM100 juta tingkat sosioekonomi masyarakat India

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kerajaan sekali lagi akan memperuntukkan geran sebanyak RM100 juta kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) bagi menambah baik sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan wanita serta pembangunan kemahiran masyarakat India.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, 80 peratus daripada peruntukan itu dikhususkan kepada program yang dilaksanakan dan bukannya kepada organisasi tertentu.

“Kerajaan peka dan prihatin terhadap kesukaran dan cabaran khusus yang dihadapi masyarakat India,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi masyarakat Orang Asli pula, Lim berkata, sebanyak RM57 juta akan diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menyediakan kebajikan dan bantuan kepada masyarakat itu.

“Selain itu, tambahan RM83 juta disediakan bagi pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur masyarakat Orang Asli,” katanya.

Bagi menyokong pembangunan dan pembaikan infrastruktur asas di kampung-kampung baru pula, Lim berkata, kerajaan akan menyediakan RM85 juta pada tahun 2020.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.