AGENDA

Kebocoran bumbung ruang niaga KLIA terkawal - MAHB

7 Okt 2019, 1:18 PM
Kebocoran bumbung ruang niaga KLIA terkawal - MAHB

PUTRAJAYA, 7 OKT: Bahagian bumbung sebuah ruang perniagaan runcit, Flying Emporium, di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran serius hari ini, disebabkan keadaan cuaca yang melampau.

Syarikat pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam catatan twitternya bagaimanapun berkata insiden pada pikul 3.40 petang itu berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira sejam kemudian.

"Pasukan operasi lapangan terbang bertindak dengan pantas menggerakkan petugas dan jentera ke sana untuk menangani keadaan,” katanya.

MAHB berkata perkara itu sedang disiasat dan tindakan bagi menambah baik infrastruktur sentiasa dilaksanakan.

"Kami ingin memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang timbul terhadap para pelanggan dan rakan niaga kami,” menurutnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.