AGENDA

Kerajaan tunggu kajian berhubung pengiktirafan UEC

29 Sep 2019, 8:25 AM
Kerajaan tunggu kajian berhubung pengiktirafan UEC

KLUANG, 29 SEPT: Kerajaan belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf atau tidak Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, buat masa ini kementeriannya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jawatankuasa Kajian UEC.

“Bagi Semenanjung Malaysia, kita masih menunggu laporan daripada Jawatankuasa Kajian UEC yang kita tubuhkan dan hasilnya kita akan bawa ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Parlimen Simpang Renggam di sini, hari ini.

Ditanya mengenai langkah kerajaan Sabah mengiktiraf UEC, Maszlee berkata, itu dalah keputusan kerajaan negeri berkenaan.

Malam tadi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dilaporkan berkata, kerajaan negeri mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan sektor perkhidmatan awam negeri.

“Kerajaan negeri telah mengiktiraf UEC di Sabah. Kami telah buat keputusan mengiktiraf sijil ini,” katanya seperti dilaporkan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.