AGENDA

Jerebu: Malindo Air batal penerbangan dari Melaka ke Pekanbaru

23 Sep 2019, 9:23 AM
Jerebu: Malindo Air batal penerbangan dari Melaka ke Pekanbaru

MELAKA, 23 SEPT: Syarikat penerbangan Malindo Air terpaksa membatalkan penerbangan dari Melaka ke Pekanbaru, Indonesia hari ini berikutan keadaan jerebu di sana.

Anggota Exco Negeri bagi Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pembatalan penerbangan itu dibuat berikutan jarak ketampakan di Lapangan Terbang Pekanbaru hanya 600 meter.

“Kesemua 11 orang penumpang yang terlibat akan dipindahkan ke jadual penerbangan esok atau pilihan mereka ke hari lain,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Sofi berkata, pembatalan penerbangan hanya dibuat untuk jadual penerbangan hari ini dan keadaan cuaca dan jerebu berada dalam keadaan baik dan tidak menjejaskan jadual penerbangan harian yng lain.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.