AMPANG, 21 SEPT : Seramai 2,200 peserta menyertai Ampang Jaya Night Run 2019 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Melawati Mall, di sini, malam ini.
Setiausaha MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, acara larian itu diadakan bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
[caption id="attachment_353794" align="aligncenter" width="735"]
Setiausaha MPAJ, Hasrolnizam Shaari memberi ucapan sempena Perasmian Program Ampang Jaya Night Run 2019 MPAJ di hadapan Melawati Mall, pada 21 September 2019. - Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
"Peserta bersemangat dan tetap mahu meneruskan larian walaupun keadaan cuaca jerebu. Terima kasih di atas sambutan yang diberikan.
"Selain itu, larian ini juga diadakan bagi meningkatkan kerjasama antara pihak swasta dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat bersama Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ampang Jaya Night Run 2019, di sini.
Turut hadir Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib menyempurnakan upacara flag-off sekitar jam 10 malam.
[caption id="attachment_353791" align="aligncenter" width="738"]
Upacara 'flag off' Ampang Jaya Night Run 2019 disempurnakan oleh Adun Hulu Kelang, Saari Sungib. - Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Berikutan keadaan cuaca berjerebu, Hasrolnizam berkata, acara larian 12 kilometer (km) terpaksa dibatalkan dan acara berkenaan hanya dihadkan kepada larian sejauh 5km.
Ampang Jaya Night Run 2019 kali keempat itu menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi johan kategori terbuka lelaki, wanita, veteran lelaki dan wanita.
Manakala, tempat kedua menerima RM400, tempat ketiga RM300 dan tempat keempat hingga sepuluh RM100 berserta plak.
[caption id="attachment_353785" align="aligncenter" width="749"]
Masyarakat berbilang bangsa mengambil bahagian dalam Ampang Jaya Night Run 2019 MPAJ dihadapan Melawati Mall, pada 21 September 2019. - Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Menariknya, 40 cabutan bertuah turut diadakan antaranya dua televisyen jenama Samsung berukuran 43’ inci, satu jam tangan jenama Suunto, telefon bimbit dan hamper.
Larian itu turut mendapat sokongan daripada rakan kongsi Smart Selangor Mampan, iaitu Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berjumlah RM50,000, IJM Land (RM5,000), Sport Direct.com, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Fitness First dan Sime Darby CapitaLand.


