ADN

Nelayan dinasihat berhati-hati ketika jerebu

19 Sep 2019, 6:54 AM
Nelayan dinasihat berhati-hati ketika jerebu

SHAH ALAM, 19 SEPT: Susulan jerebu melanda beberapa kawasan di Selangor, nelayan dinasihatkan berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan ketika berada di laut.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, keadaan jerebu itu akan mengakibatkan jarak penglihatan agak terhad sekali gus menyukarkan nelayan untuk melakukan kerja mereka.

"Saya nasihatkan semua nelayan mengambil langkah berjaga-jaga terutama apabila berada di kawasan perairan laut dalam.

"Bagaimanapun, saya menyeru kita dapat bersama melakukan solat hajat supaya semua dilindungi dan jerebu dihilangkan," katanya kepada SelangorKini.

Berdasarkan rekod laporan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 2 petang ini, bacaan IPU di Johan Setia adalah 166, Petaling Jaya (159), Banting (142), Shah Alam (147), Klang (130) dan Kuala Selangor 115.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.