AGENDA

Semua sekolah di Putrajaya dibuka semula esok

17 Sep 2019, 12:52 PM
Semua sekolah di Putrajaya dibuka semula esok

PUTRAJAYA, 17 SEPT: Semua sekolah di Putrajaya beroperasi seperti biasa esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Putrajaya yang semakin menurun.

Pengarah Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, pada jam 6 petang hari ini, bacaan IPU adalah di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

“Pihak sekolah diingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata, sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semua sekolah di Putrajaya ditutup hari ini, selepas bacaan IPU melebihi 200 mulai pukul 5.00 petang semalam.

Setakat jam 7, Putrajaya mencatat bacaan IPU 179.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.