AGENSI

16 pasukan berentap dalam SCL 2019

15 Sep 2019, 12:08 AM
16 pasukan berentap dalam SCL 2019
16 pasukan berentap dalam SCL 2019
16 pasukan berentap dalam SCL 2019

SUBANG, 15 SEPT: 16 pasukan bakal berentap dalam edisi keempat Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 bagi merebut satu slot pusingan kelayakan ke Piala FA Malaysia 2020.

Dalam majlis undian diadakan di Hotel Sunway Clio malam tadi, juara bertahan edisi 2018, Puchong Fuerza FC diundi dalam kumpulan A bersama juara Liga Perdana Sosial Selangor M4 dan juara Liga Lembah Klang M4 yang masih berlangsung.

Bagaimanapun naib juara, Port Klang Kru tidak menyertai pertandingan kali ini selepas terkandas dalam pusingan kelayakan sebelumnya.

[caption id="attachment_352191" align="aligncenter" width="500"] Pasukan pilihan, SA Klasiko FC mengisi slot kumpulan B dalam undian Liga Juara-Juara Selangor (SCL) 2019 di Hotel Sunway Clio pada 14 September 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Pertandingan ini turut dihangatkan dengan penyertaan pasukan jemputan, Belia Selangor yang dibarisi pemain skuad bawah 19 tahun Selangor.

Belia Selangor diundi dalam kumpulan B bersama Kajang MPKJ The Lions, Subang Protap II FC, NPNG FC Damansara Damai dan MBSA FC.

Undian yang disaksikan pengurus pasukan mengambil bahagian itu dijalankan oleh wakil Semuanya Bola, Komuniti Belia Selangor (SYC), Pemerbadanan Menteri Besar Selangor dan Kaki Jersi.

[caption id="attachment_352217" align="aligncenter" width="500"] Piala Liga Juara_juara Selangor (SCL) 2019. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Pertandingan akan berlangsung minggu hadapan hingga Disember nanti itu turut menawarkan hadiah wang tunai RM14,000 dan piala iringan.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang diundi dalam kumpulan A dan kumpulan B.

Kumpulan A

Puchong Fuerza FC

Juara SSPL M4

Juara KVL M4

Cyberjaya Teleflow FC

Kuala Selangor Batu Dua FC

Kingstown Klang FC

SA PIB FC

Bangi Jang's Trooper FC

Kumpulan B

Belia Selangor (u19)

Kajang MPKJ The Lions

Subang Protap II FC

NPNG FC Damansara Damai

MBSA FC

SLB UP FC

Bukit Kapar FC

SA Klasiko FC

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.