AGENDA

Bekas Presiden Indonesia, Habibie masuk hospital

9 Sep 2019, 9:44 AM
Bekas Presiden Indonesia, Habibie masuk hospital

JAKARTA, 9 SEPT: Bekas presiden ke-3 Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut setiausaha peribadinya, Rubijanto, bekas presiden itu kini diberikan rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.

Menurut Rubijanto, semua pihak tidak dibenarkan untuk menziarahi BJ Habibie untuk sementara waktu ini.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ke-3, menggantikan presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.