AGENSI

Peluang menangi Raket Yonex Astrok 99 LCW

1 Sep 2019, 4:15 AM
Peluang menangi Raket Yonex Astrok 99 LCW

SHAH ALAM, 1 SEPT: Pemain badminton dalam kalangan belia berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Raket Yonex Astrok 99 LCW dengan menyertai Kejohanan Badminton Beregu Amatur Pesta Sukan Gen-S Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2019.

Pertandingan akan berlangsung pada Ahad, 22 September ini bermula jam 7 pagi di Dewan Badminton Uptown Sports, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Yuran penyertaan pertandingan sebanyak RM20 dengan dua kategori dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki dan Wanita.

Juara Beregu Lelaki akan memenangi RM2,000, naib johan RM1,000 manakala masing-masing RM500 untuk tempat ketiga dan keempat.

Pemenang Beregu Wanita akan membawa pulang RM1,000, RM600 untuk naib johan manakala tempat ketiga dan keempat RM300.

Had umur ditetapkan adalah 15 hingga 30 tahun sahaja manakala pemain yang pernah mewakili negeri tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh menghubungi Hadzli (Ali) 012-677 6247 dan Aman 013-739 4436.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.