AGENDA

Zakir patut berterima kasih kerana diberi perlindungan

21 Ogos 2019, 12:01 AM
Zakir patut berterima kasih kerana diberi perlindungan

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Tindakan penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut agama Hindu dan kaum Cina di

Malaysia dalam ceramahnya di Kota Bharu baru-baru ini amat tidak wajar walaupun niatnya hanya untuk berdakwah, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar

Ibrahim.

"Saya tidak setuju dengan Zakir dalam soal ini. Saya tahu beliau berdakwah dan dalam dakwahnya banyak kebaikan yang dibawa, tetapi dalam soal

menyentuh perkauman dalam negara ini ia tidak harus berlaku.

"Berdakwah perlulah secara berhikmah," katanya dalam program Bual Bicara bersama orang ramai sempena Siri Jelajah Presiden ke Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur di sini seamalam.

Anwar berkata demikian menjawab pertanyaan berkenaan pendirian peribadi Ahli Parlimen Port Dickson itu tentang isu yang dicetuskan Zakir.

Katanya, Zakir seharusnya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana masih memberi perlindungan kepada beliau untuk terus tinggal di negara ini.

“Memang kerajaan terdahulu yang berikan beliau status penduduk tetap dan apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga setuju benarkan beliau

duduk di sini, sepatutnya berterima kasihlah,” katanya.

Berkenaan pendirian PKR terhadap pendakwah itu, Anwar menegaskan perkara itu akan diputuskan secara rasmi hari ini.

Mengenai situasi yang melanda syarikat penerbitan akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ketika ini, Anwar

menegaskan Utusan wajar diselamatkan kerana jasanya melaporkan lipatan sejarah dan perkembangan pendidikan negara sejak dahulu lagi.

"Utusan adalah akhbar yang sangat sinonim dengan sejarah negara. Tidak boleh nafikan jasanya sebagai medium pendidikan. Jadi satu pendekatan

menghormati hak para pekerjanya perlu diambil.

"Tidak boleh kerana marah Utusan maka suka ia ditutup. Saya tentunya rasa sedih. Ia hanya disalah gunakan oleh UMNO tetapi syarikat itu perlu

dipulihkan dan nasib para pekerjanya harus terbela," katanya.

Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad yang berusia 80 tahun kini berada dalam keadaan kewangan yang ‘tenat’ menyebabkan berlaku tunggakan gaji pekerja

dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.