AGENDA

Harga RON97, RON95 kekal

16 Ogos 2019, 10:31 AM
Harga RON97, RON95 kekal

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Harga runcit RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.49 dan RM2.08 seliter bagi tempoh 17 Ogos hingga 23 Ogos.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut harga runcit bagi diesel turut kekal pada RM2.18 seliter untuk tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.19 seliter dan RM2.21 seliter.

"Namun harga runcit bagi kedua-dua produk (RON95 dan diesel) adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh itu adalah RM47.10 juta.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.