AGENSI

UNISEL terima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia

15 Ogos 2019, 8:44 AM
UNISEL terima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia

SHAH ALAM, 15 OGOS: Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan Menteri Pendidikan Republik Zambia, Yang Mulia David Mabumba, di Kampus Bestari Jaya, di sini, semalam.

Kedatangan beliau disambut Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, sekitar 11 pagi.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, kunjungan itu adalah salah satu lawatan antarabangsa bagi berkongsi maklumat pentadbiran dan sistem pengurusan universiti yang terbaik.

"Pada masa sama, kunjungan ini juga membuka ruang kerjasama strategik untuk memartabatkan pendidikan antara kedua-dua belah negara," katanya melalui kenyataan di Facebook UNISEL, semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.