AGENDA

Objek menyerupai bom mortar ditemukan di Segambut

12 Ogos 2019, 11:05 AM
Objek menyerupai bom mortar ditemukan di Segambut

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Satu objek yang menyerupai bom mortar lama ditemui di sebuah laman rumah di kawasan Kampung Segambut Bahagia, Segambut, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata polis menerima maklumat daripada pengadu pada 10 pagi.

Beliau berkata Unit Pemusnah Bom tiba di lokasi kejadian pada 11.40 pagi dan telah menganalisa serta mengangkat objek berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi selamat yang lapang di kawasan berdekatan.

"Ia bertujuan untuk memusnahkan objek itu kerana kawasan penemuan objek berkenaan tidak selamat untuk prosedur pemusnahan.

"Jarak tempat memusnahkan objek dengan tempat kejadian (penemuan) lebih kurang 100 meter. Ini adalah bagi memastikan keselamatan penghuni serta harta benda di kawasan berdekatan," katanya ketika dihubungi.

Shanmugamoorthy berkata objek yang menyerupai bom mortar itu berjaya di musnahkan oleh Unit Pemusnah Bom.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.