ad
AGENDA

Perdana Menteri zahir ucapan Hari Raya Aidiladha

10 Ogos 2019, 1:34 PM
Perdana Menteri zahir ucapan Hari Raya Aidiladha

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

“Assalamualaikum warramatullahi wabarakatuh. Saya serta isteri saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dan saya harap kita semua gembira dengan perayaan ini dan kita lakukan apa yang dikehendaki oleh agama kita,” katanya.

Ucapan berdurasi kira-kira 42 saat itu disiarkan menerusi media sosial YouTube petang ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) esok.

https://youtu.be/JtgwTVQTRls

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.