AGENDA

58 kes rumah rosak akibat ribut di Kota Setar

10 Ogos 2019, 7:27 AM
58 kes rumah rosak akibat ribut di Kota Setar

ALOR SETAR, 10 OGOS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar merekodkan sebanyak 58 kes melibatkan kerosakan rumah akibat ribut yang berlaku malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri Halimaton Shaadiah Saad berkata bagaimanapun setakat 12 tengah hari tadi tiada pusat pemindahan dibuka.

"Parlimen Pokok Sena mencatatkan 28 kes kerosakan rumah yang melibatkan kawasan Langgar, Lepai, Telaga Mas, Derga, Tajar dan DUN Bukit Pinang manakala Parlimen Kuala Kedah turut mencatatkan 28 kes yang melibatkan Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor.

"Sementara itu, hanya dua kes dicatatkan di Parlimen Alor Setar iaitu di Suka Menanti dan Kota Darulaman. Seramai 30 pegawai dan anggota JKM terlibat dalam menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jumlah kerugian," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan negeri memberikan bantuan segera sebanyak RM300 menerusi Tabung Bantuan Segera (TBS) untuk mangsa terlibat dan sekiranya terdapat tambahan kes maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.