AGENDA

6 kawasan di Langkawi dilanda ribut

9 Ogos 2019, 1:51 PM
6 kawasan di Langkawi dilanda ribut

LANGKAWI, 9 OGOS: Enam lokasi di pulau peranginan ini dibadai ribut dalam kejadian bermula lewat petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, enam lokasi itu ialah Kedawang, Bohor, Padang Mat Sirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

"Hujan lebat beserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 8.00 malam menyebabkan beberapa buah rumah dan kenderaan telah ditimpa pokok.

"Di jalan-jalan utama terdapat pokok yang tumbang dan menghalang lalu lintas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terperinci berhubung jumlah kerosakan akibat ribut itu.

"Laporan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Ketika ini koordinasi pengurusan bersama agensi lain sedang dilakukan di kawasan terjejas," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.