AGENDA

Kualiti udara di Johan Setia Klang terus catat indeks tidak sihat

8 Ogos 2019, 2:21 AM
Kualiti udara di Johan Setia Klang terus catat indeks tidak sihat

SHAH ALAM, 8 OGOS : Johan Setia Klang terus mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan catatan 117 sehingga pukul 9 pagi ini, menurut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Menurut data tersebut, Johan Setia menunjukkan bacaan tidak sihat sejak semalam dengan bacaan IPU 105.

APIMS turut melaporkan beberapa lokasi di Selangor mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana termasuk di Banting (83), Klang (82), Petaling Jaya (80) dan Shah Alam (79).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk bacaan IPU semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.