AGENDA

Tulisan khat bermula sejak 2014 - KPM

7 Ogos 2019, 1:58 AM
Tulisan khat bermula sejak 2014 - KPM

KUALA LUMPUR, 6 OGOS : Pengenalan tulisan khat dalam Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tahun 4 pada tahun hadapan adalah hasil pengkonsepsian Kurikulum Sekolah Rendah pada tahun 2014.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata ia juga telah melalui pemetaan kurikulum merangkumi pembinaan kurikulum Tahap 1 pada 2015 dan pembinaan kurikulum Tahap 2 pada 2016-2017.

"Ini bermakna, penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) melibatkan pengenalan tulisan khat ini telah mengambil masa sejak tahun 2014 lagi.

"Usaha ini juga telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih," menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan juga menegaskan pengenalan tulisan khat tidak akan membebankan guru dan murid kerana ia tidak akan diuji dalam peperiksaan serta tiada pentaksiran.

Kementerian turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menunjukkan keprihatinan terhadap isu berkenaan sekali gus menunjukkan agenda pendidikan sentiasa mendapat perhatian semua.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.