AGENSI

Cawangan LZS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditutup sementara

7 Ogos 2019, 1:24 AM
Cawangan LZS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditutup sementara

SHAH ALAM, 7 OGOS : Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditutup sementara bermula esok (8 Ogos).

LZS menerusi kenyataan memaklumkan penutupan itu disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian serta dijangka beroperasi seperti biasa pada 1 November.

"Bagaimanapun orang ramai boleh membuat sebarang urusan melalui Zakat on Wheels yang disediakan di tapak letak kereta bermula 8 Ogos hingga 31 Oktober.

"Pada masa sama terdapat tiga lokasi pusat LZS yang berdekatan iaitu Cawangan Bangunan Sultan Idris Shah, Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13 dan cawangan UTC Selangor," kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh terus menghubungi LZS di talian 1-300-88-4343.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.