AGENDA

Lelaki temui ajal dihempap pokok

4 Ogos 2019, 12:55 AM
Lelaki temui ajal dihempap pokok

SIPITANG, 4 OGOS : Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang di Kampung Luagan, semalam.

Mangsa, Hamdi Diman, 41, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 4.52 petang.

"Balai Bomba Penyelamat Sipitang bersama empat anggota dan dua kenderaan ke lokasi kejadian mengeluarkan mangsa yang terperangkap," menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.