AGENDA

Aidiladha disambut 11 Ogos

1 Ogos 2019, 1:38 PM
Aidiladha disambut 11 Ogos

KUALA LUMPUR, 1 OGOS : Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 11 Ogos ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh tersebut telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1440 Hijriah ialah pada 2 Ogos, 2019 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 11 Ogos 2019 Masehi,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.