AGENDA

AFF B-15: Malaysia kekal rekod tanpa kalah

31 Jul 2019, 12:02 AM
AFF B-15: Malaysia kekal rekod tanpa kalah

KUALA LUMPUR, 31 JUL: Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Kemboja 2-0 pada aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 15 Tahun (B-15) di Stadium IPE di Chonburi, Thailand, semalam.

Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke-63 dan Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-66, menurut laman facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketika ditemui kemudian, ketua jurulatih B-15, P. Maniam berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya walaupun terlepas beberapa peluang terbaik pada perlawanan.

"Bagaimanapun, kita mesti memperkemaskan barisan pertahanan dan juga serangan," kata beliau.

Pada perlawanan seterusnya menentang Australia, Maniam berkata pasukan lawan memang kuat dari segi fizikal tetapi beliau yakin para pemain berada dalam keadaan terbaik untuk mengekalkan kemenangan pada kejohanann itu.

Untuk rekod, Malaysia membelasah Brunei 8-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B pada Ahad lepas.

Perlawanan lain dalam kumpulan B pula menyaksikan Australia menumpaskan Laos 3-0 dan tuan rumah menjinakkan Brunei 7-1.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.