AGENDA

MCPF cadang rombak dasar mengenai dadah

30 Jul 2019, 9:20 AM
MCPF cadang rombak dasar mengenai dadah

KUALA LUMPUR, 30 JUL : Kerajaan perlu meneliti semula dasar mengenai penyalahgunaan dadah, terutama berkaitan penguatkuasaan, pencegahan dan pemulihan dalam usaha memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kajian dasar itu perlu selari dengan perkembangan semasa pengedaran dadah yang kini boleh didapati secara dalam talian.

“Kita melihat dasar yang sedia ada ini telah lama dibuat dan kini negara berdepan dengan dadah jenis sintetik yang boleh dihasilkan dalam negara.

“Perbincangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan dan badan bukan kerajaan berkaitan perlu diadakan dalam masa terdekat bagi merombak dasar mengenai dadah ini,” katanya kepada Bernama.

Semalam, kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata masalah dadah di negara ini berada pada tahap kritikal dan sekiranya langkah tegas tidak diambil, Malaysia boleh menjadi seperti Colombia.

Jumlah kes meningkat dua kali ganda dan ada anggota polis didapati mengambil dadah, kata Abdul Hamid. -BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.