AGENDA

Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk istiadat pertabalan

30 Jul 2019, 1:43 AM
Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk istiadat pertabalan

SEPANG, 30 JULAI: Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan selamat tiba di sini pagi ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.46 pagi disambut oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Baginda merupakan antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi menghadiri istiadat pertabalan itu selain Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang telah tiba semalam.

Sheikh Mohamed Zayed juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya petang ini sebelum berangkat pulang malam ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.