AGENDA

Banjir: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini

23 Jul 2019, 3:04 AM
Banjir: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini

KOTA KINABALU, 23 JULAI: Sebuah sekolah di Beaufort ditutup hari ini akibat banjir ekoran hujan lebat semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan Lingkungan.

"Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini ekoran kawasan sekolah berkenaan dinaiki air dan semua guru dan murid diarahkan pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mistirine berkata, sekolah berkenaan mempunyai 14 guru dan 111 murid.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.