AGENDA

RON97 naik 10 sen, harga RON95 dan diesel kekal

19 Jul 2019, 9:28 AM

SHAH ALAM, 19 JUL: Harga runcit produk petroleum RON97 naik 10 sen kepada RM2.67 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, bagi tempoh 19 hingga 26 Julai, bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, anggaran subsidi bahan api yang perlu ditanggung Kerajaan dalam tempoh 19 hingga 26 Julai ini adalah berjumlah RM179.97 juta.

Berdasarkan pecahan tiga produk itu, jumlah tanggungan subsidi Kerajaan bagi RON95 berjumlah RM141.81 juta, RM38.16 juta bagi diesel manakala RON97 tidak diberikan subsidi.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.37 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.