NASIONAL

Fizo, Mawar sah bercerai talak satu

10 Jul 2019, 4:39 AM
Fizo, Mawar sah bercerai talak satu

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 10 JUL: Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, hari ini.

Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar Abdul Karim, 30, sebagai plaintif melafazkan talak itu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Permohonan cerai dibuat Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, pada 5 Julai lalu.

Che Abdullah mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah usahawan tudung Fareeda itu menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Sebelum ini, desas-desus kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar menjadi perbualan hangat netizen dan media selepas pasangan terbabit didapati meraikan sambutan Syawal di kampung halaman masing-masing.

Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.

Pasangan itu diijabkabulkan pada November 2013 dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam berusia dua tahun.

Mereka juga mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arsar untuk memperoleh zuriat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.