NASIONAL

Cuti am 30 Julai sempena Hari Pertabalan Agong

28 Jun 2019, 4:34 AM
Cuti am 30 Julai sempena Hari Pertabalan Agong

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 28 JUN: Kerajaan memutuskan 30 Julai sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan berkata, ia adalah bersempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh Kerajaan Negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.