BERITA UTAMA

560 bakal pesara ATM tamat latihan

27 Jun 2019, 6:55 AM
560 bakal pesara ATM tamat latihan

OLEH AFIX REDZUAN

SUNGAI BULOH, 27 JUN: Seramai 560 bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diraikan dalam Istiadat Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Ke-54 selepas berjaya menamatkan Latihan Peralihan mereka, hari ini.

Berlangsung di Dewan Besar, Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, istiadat penuh gemilang itu disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Kesemua graduan itu menerima sijil dan diploma masing-masing selepas berjaya melengkapkan latihan pengajian yang ditetapkan pihak PERHEBAT.

Anugerah itu juga sebagai persediaan kepada mereka untuk melangkah ke fasa kedua kerjaya apabila bersara kelak.

Graduan Latihan Peralihan PERHEBAT dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK); Sijil Kemahiran Ketukangan (SKK) yang diiktiraf Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB); Sijil Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Sijil PERHEBAT dengan pengiktirafan industri kursus ‘homegrown’.

PERHEBAT menawarkan pengajian dalam 72 bidang seperti kejuruteraan automotif, binaan dan kejuruteraan; kejuruteraan elektronik dan elektronik; media dan ICT; pelancongan dan perhotelan; pengajian pengurusan serta penyediaan makanan dan sajian.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.