NASIONAL

KPM : 16 buah sekolah sekitar kawasan Pasir Gudang ditutup empat hari

24 Jun 2019, 1:22 AM
KPM : 16 buah sekolah sekitar kawasan Pasir Gudang ditutup empat hari

 

 

SHAH ALAM, 24 JUN : Kementerian Pendidikan menetapkan 16 buah sekolah sekitar Pasir Gudang, Johor yang terlibat insiden gangguan kesihatan ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis, 27 Jun.

Menterinya, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan semalam berkata, sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3, SK Taman Cendana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang dan SMK Kota Masai.

“Turut ditutup, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, SK Taman Scientex, SMK Taman Scientex, SK Pasir Gudang 4 dan SMK Pasir Gudang 2," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.