NASIONAL

SPRM tidak akan dedahkan langkah-langkah menjejaki Jho Low

21 Jun 2019, 10:12 AM
SPRM tidak akan dedahkan langkah-langkah menjejaki Jho Low

PUTRAJAYA, 21 Jun : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mendedahkan langkah-langkah yang yang diambil dalam usaha mereka menjejaki ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilah Jho Low bagi membantu siasatan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

"Bagi maksud strategi dan menjaga bukti, kami tidak dapat mendedahkan kepada anda langkah-langkah yang diambil,” katanya dalam persidangan media pertama yang diadakannya sejak dilantik menerajui SPRM pada 1 Jun lepas, di sini hari ini.

SPRM pada 7 Jun lepas mengeluarkan waran tangkap kepada Jho Low bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

"Sekiranya kami sudah hampi (menahan Jho Low).… saya tak dapat beritahu anda, sehingga kami dapat dia. Setiap kali (sebelum ini) kami buat pengumuman - ‘Jho Low ada di Macau dan kami akan dapatkannya’ - ia tidak membantu, betul tak?” katanya. -BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.