NASIONAL

15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas

20 Jun 2019, 10:18 AM
15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas

 

PASIR GUDANG, 20 JUN: Sekurang-kurangnya 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, di sini, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.39 petang tadi berhubung pencemaran udara.

Katanya, dua unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya Pasukan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara," katanya operasi menyahcemar masih dijalankan.

 

Foto : Viral Media Sosial

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.