AGAMA

Cadangan seragam undang-undang jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

17 Jun 2019, 2:33 PM
Cadangan seragam undang-undang jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

KANGAR, 17 Jun : Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing.

Sehubungan itu, Mujahid berkata kerajaan juga akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri untuk penjelasan mengenai cadangan itu yang disasar dilaksanakan pada 2020.

“Kita dah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai rancangan ini yang antaranya bertujuan memperkasasera undang-undang syariah,” kata beliau pada majlis ramah mesra dengan ketua-ketua jabatan, tokoh masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan di Perlis sempena sambutan Aidilfitri di sini, hari ini.

Menurut Dr Mujahid usaha itu sebahagian komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memartabatkan Islam berdasarkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga akan menubuhkan mahkamah khas bagi mengendalikan kes-kes ibu tunggal yang menuntut hak dalam hal nafkah, harta dan lain-lain. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.