NASIONAL

UEM nafi transaksi akaun, buat laporan polis

12 Jun 2019, 10:26 AM
UEM nafi transaksi akaun, buat laporan polis

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 JUN : UEM Group Berhad (Kumpulan UEM) menafikan pihaknya mempunyai hubung kait dengan dakwaan pemindahan dana kepada seorang menteri kabinet yang tular baru-baru ini.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, UEM tidak mempunyai akaun di cawangan Maybank Kuala Lumpur.

"Untuk membersihkan nama, Kumpulan UEM telah membuat laporan polis dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan," kata kenyataan itu.

Sebelum ini dilaporkan Sekretariat Suara Rakyat menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi meminta agensi itu menyiasat dakwaan pemindahan dana berjumlah kira-kira RM4 juta atau USD741,440 ke akaun bank milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di luar negara sekitar Disember 2017.

Pengerusinya Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan, beliau menerima satu rekod transaksi dana oleh UEM Group Bhd ke atas akaun Mohamed Azmin di Deutsche Bank AG - ZR BR, no akaun 0061508230587 pada 19 Disember 2017.

 

 

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.