NASIONAL

Lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya

10 Jun 2019, 4:35 AM
Lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya

LAHAD DATU, 10 Jun : Seorang lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya ketika memancing di sungai dalam sebuah ladang di Jalan Temenggung di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata Rudy Gessa, 44, yang merupakan warga Indonesia keluar memancing pada 4 petang semalam dan laporan berhubung kehilangan lelaki itu diterima pada 8.02 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, tiga anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).-BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.