NASIONAL

Hujan dan ribut petir diramal pada pagi Aidilfitri

4 Jun 2019, 2:29 AM
Hujan dan ribut petir diramal pada pagi Aidilfitri

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 JUN : Cuaca diramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat seluruh negara pada pagi hari raya esok.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu berlaku di kawasan pantai di negeri pantai barat Semenanjung dan juga timur Sabah.

Namun cuaca dijangkakan baik bagi tempat lain.

Sementara hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di beberapa tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (bahagian Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah (bahagian pedalaman dan Pantai Barat) dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Laporan kaji cuaca itu dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dab Perubahan Iklim (MESTECC).

 

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.